Search This Blog

Tuesday, September 4, 2012

Cubaan seludup budak 6 tahun gagal



Manama: Satu cubaan menyeludup seorang budak lelaki berusia enam tahun di dalam sebuah kotak kertas merentasi sempadan Arab Saudi berjaya dipatahkan pihak berkuasa tempatan.

Kotak terbabit ditempatkan bersama beg pakaian dan barangan lain di belakang sebuah kenderaan untuk keluar dari Arab Saudi ke sebuah negara jiran dipercayai Jordan, lapor halaman web Sabq. Dilahirkan di Arab Saudi
Bapa terbabit, seorang rakyat asing berkata budak lelaki berkenaan dilahirkan di Arab Saudi oleh ibunya seorang rakyat Indonesia yang tinggal secara haram di negara itu sebelum beliau dihantar pulang.

Ibu bapa budak itu tidak pernah mendapatkan dokumen untuk anak mereka dan bapanya berkata satu-satunya pilihan yang mereka ada untuk membawa bersama anaknya keluar dari Arab Saudi dengan menyeludup keluar menerusi sempadan.
Bapa itu ditahan dan siasatan dijalankan terhadapnya.

Pembaca di internet melahirkan simpati terhadap budak lelaki itu sambil menyifatkan ia menjadi mangsa kepada kecuaian ibu bapa dan keadaan.
Kebanyakan pembaca meminta tindakan kemanusiaan diambil untuk memastikan budak lelaki berkenaan dapat memulakan pendidikan formal apabila tiba masanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment