Search This Blog

Saturday, September 15, 2012

Cubaan seludup 5.5kg dadah tumpas




         
JAKARTA: Pejabat Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta berjaya mematahkan cubaan menyeludup 5.5 kilogram kristal methamphetamine (ais) bernilai Rp 7 bilion (RM2.216 juta).

Ketua Pejabat Kastam, Oza Olivia dalam satu sidang akhbar berkata, mereka turut menahan seorang warga Malaysia dan seorang warga tempatan yang terlibat dalam pengedaran dadah.
Oza berkata, wanita Indonesia itu dikenali sebagai “M”. Penduduk Batam itu tiba dengan pesawat dari Singapura ke Jakarta dan tiba di Terminal 3, lapangan terbang itu, Selasa lalu.

“Suspek meletakkan dua beg plastik berisi dadah di dalam beg pakaiannya,” kata Oza.


Selepas disoal siasat oleh pegawai kastam, M berkata dia bercadang menghantar dadah itu kepada seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai KW di Jawa Tengah. Pejabat Kastam bekerjasama dengan Agensi Antidadah dan menahan KW di Jalan Jaksa. - JP

No comments:

Post a Comment