Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Bot karam: 7 maut, 5 hilang

MANILA: Tujuh penumpang, termasuk dua kanak-kanak maut manakala lima hilang apabila sebuah feri kecil karam di selatan Filipina, kata Pejabat Pertahanan Awam, semalam.
Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional, bot yang membawa 27 penumpang itu dalam perjalanan antara pulau di Kepulauan Tawi-Tawi dalam keadaan laut bergelora, kelmarin.
Dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan lapan tahun antara mangsa yang maut. - MT 

No comments:

Post a Comment