Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

Bom kereta meletup: 5 maut, 40 cedera



         
SAI BURI: Sekurang-kurangnya lima maut dan hampir 40 cedera apabila bom kereta meletup di sebuah pasar padat dengan orang ramai di selatan Thailand, semalam.

Pegawai Hospital Daerah Sai Buri berkata, “Buat masa ini lima mati iaitu seorang anggota renjer separa tentera dan empat orang awam.” Tambahnya, antara yang cedera, 14 dalam keadaan parah.
Polis tempatan mengesahkan jumlah kematian dan berkata, 25 daripada 37 yang cedera, adalah orang awam.

Hospital bertungkus lumus untuk merawat mangsa dan menghantar mangsa cedera parah ke hospital wilayah. Pihak hospital juga meminta orang ramai menderma darah untuk menyelamatkan mangsa yang cedera.


Letupan itu berlaku selepas orang ramai selesai solat Jumaat dan beberapa tembakan dilepaskan di kedai di situ. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment