Search This Blog

Friday, September 21, 2012

‘Ayah bukan dera’



Oleh Salman Hamat dan Mohd Nur Hafidz Nordin
am@hmetro.com.my
         
JOHOR BAHRU: “Ayah dan Makcik Siti bukan binatang. Kami pukul along, angah dan acik kerana mahu mendidik, bukannya mendera. Kamu bertiga harta paling bernilai dan amanah paling besar dikurniakan Tuhan untuk dijaga di dunia,” demikian luah seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Husin, 47, di sini, semalam.

Husin dan isterinya yang dikenali sebagai Siti, 39, yang juga ibu tiri tiga beradik berkenaan, mendakwa menempuh saat paling azab dalam hidup apabila ditahan selama 45 hari di Penjara Kluang dan Lokap Tahanan Ayer Molek atas tuduhan mendera tiga anak mereka berusia tujuh, 10 dan 15 pada Jun lalu.
Pasangan itu dibebaskan selepas ketiga-tiga anak mereka menarik balik tuduhan mendera pada 11 Jun lalu.

Husin berkata, dia tidak menyangka tindakannya dan isteri memukul tiga anaknya itu atas sebab ingin mendidik menimbulkan salah faham kepada tiga beradik berkenaan sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis oleh pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment