Kok Ming menunjukkan bahagian belakang badan mangsa yang turut mempunyai kesan lebam dan luka. |
Mangsa yang ditemui ketika sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di sini, men- ceritakan pengalamannya dipukul ketika sedang tidur kerana memasak hidangan tidak mengikut cita rasa majikannya itu.
“Akhirnya saya nekad melarikan diri setelah dipukul majikan meng-gunakan kayu hoki,” katanya.
Mangsa yang berusia 21 tahun itu, ditemui orang awam kira-kira jam 12.15 tengah hari kelmarin, ketika sedang merayau di sekitar kawasan kedai taman perumahan di Perling, di sini, selepas melarikan diri dari rumah majikannya itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, dua serbuan telah dijalankan ke rumah majikan terbabit, namun mendapati tiada penghuni dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Kita telah mengenal pasti tempat kerja majikan terbabit dan yakin tangkapan akan dapat dibuat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya, semalam.
Dalam pada itu, rakan senegara mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Wanti, 32, berkata, dia membawa mangsa membuat laporan polis setelah seorang rakan warga tempatan menemui mangsa.
“Dia ditemui ketika meminjam telefon bimbit rakan saya untuk menghubungi kakaknya. Rakan saya yang simpati dengan keadaan mangsa segera meminta bantuan saya untuk membawa mangsa ke balai polis terdekat.
“Mangsa memberitahu dia turut disimbah menggunakan air panas dan didera dengan sudip panas kerana lambat membuat kerja rumah.
“Dia juga tidak dibenarkan keluar rumah kerana majikannya bimbang kesan luka dan lebam pada badannya akan menimbulkan curiga orang sekeliling,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Ong Kow Ming menggesa tindakan tegas diambil bagi mengelakkan kes penderaan pembantu rumah terus berlaku.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Ong Kow Ming menggesa tindakan tegas diambil bagi mengelakkan kes penderaan pembantu rumah terus berlaku.
No comments:
Post a Comment