Search This Blog

Friday, September 7, 2012

6 dipercayai maut bot tentera laut karam di Ivory Coast



ABIDJAN: Enam orang termasuk pegawai tentera dipercayai mati lemas selepas bot tentera laut karam berdekatan pangkalan tentera laut di sini.

Jurucakap ketua turus angkatan tentera, Kouassi Kakao berkata, 15 orang berada di dalam bot itu apabila ia karam awal pagi semalam. Punca kemalangan tidak dapat dipastikan.
Kakao berkata, hanya satu mayat sudah ditemui setakat petang semalam dan operasi mencari masih diteruskan. - AP

No comments:

Post a Comment