Search This Blog

Friday, September 21, 2012

5 eksekutif kanan Reebok India ditangkap tipu syarikat RM490 juta

NEW DELHI: Polis menahan lima bekas eksekutif kanan Reebok India kerana didakwa menipu syarikat pakaian sukan itu membabitkan nilai AS$160 juta (RM492 juta) sepanjang tempoh beberapa tahun.
Bekas pengarah urusan, ketua pegawai operasi dan tiga pengurus besar syarikat itu ditahan kelmarin kerana memalsukan rekod, mencuri barangan dan mencipta “pengedar hantu” di seluruh India bagi menipu Reebok. Mereka didakwa “secara sistematik menipu syarikat selama lebih lima tahun.” Pegawai kanan polis, B Singh, berkata tertuduh juga didakwa menubuhkan syarikat sendiri dalam Reebok untuk “mencuri barangan” pengeluar pakaian sukan itu.

Skandal itu terbongkar apabila syarikat induk Reebok, Adidas, mengesan unsur mencurigakan dalam akaun tahunannya.

Adidas kemudian memfailkan laporan kepada polis di bandar Gurgaon di pinggir New Delhi.

Mac lalu, syarikat itu memecat Pengarah Urusannya, Subhinder Singh, dan Ketua Pegawai Operasi, Vishnu Bhagat, serta menuduh mereka memalsukan rekod jualan selain mengisytihar barangan asli sebagai produk rosak. Tiga pengurus besar yang ditahan kelmarin didakwa menyewa empat gudang bagi menyimpan barangan berkenaan sebelum membekalkannya kepada pengedar berdaftar.

Mereka menafikan dakwaan itu. Awal tahun ini, ibu pejabat Adidas di Jerman mengingatkan, perolehan mereka pada 2012 akan terjejas ekoran penemuan “salah laku komersial” di anak syarikatnya di India. Mei lalu, Adidas mengumumkan rancangannya untuk mengurangkan jumlah kedai Reebok di India - kini sebanyak 800 premis - sebagai sebahagian daripada strategi penstrukturan jenama berkenaan. Adidas membeli Reebok pada 2005 pada harga AS$3.8 bilion (RM11.7 bilion) tetapi hanya menggabungkan operasinya di India tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment