Search This Blog

Friday, September 7, 2012

2,000 penduduk trauma banjir kilat



Serdang: Banjir kilat melanda tiga taman perumahan di sini, Selasa lalu, disifatkan paling besar dan meninggalkan trauma kepada kira-kira 2,000 penduduknya.

Mereka termasuk 150 keluarga di Taman Sri Serdang, Taman Sri Andalas (60 keluarga) dan Taman Serdang Jaya (100 keluarga). Berikutan itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diminta mencari penyelesaian segera jangka pendek dan panjang bagi mengelak banjir besar itu berulang, lebih-lebih lagi ketika musim hujan yang semakin hampir.
Pengusaha kantin Sekolah Rendah Sri Serdang, Salim Salleh, 49, yang menetap di Taman Sri Serdang, berkata dia kerugian kira-kira RM20,000 akibat kejadian itu.

Banjir paling teruk

Katanya, banjir kilat itu merosakkan pelbagai peralatan perniagaan dan rumah termasuk perabot, peti air serta makanan sejuk beku.

Beliau berkata, banjir kilat berlaku di sini setiap kali hujan bermula 2000, namun selepas Rumah Pam Sri Serdang dibina, banjir tidak lagi berlaku.
Namun petang Selasa lalu, banjir kilat berlaku kembali, malah paling teruk serta meninggalkan perasaan trauma kepada kami dan keluarga lain.

Musim hujan juga sudah hampir, justeru kami berharap pihak berkaitan mencari penyelesaian segera bagi mengatasi masalah itu daripada berulang di masa depan, katanya.

Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang, Khalid Lambak berkata, Taman Sri Serdang berada di kawasan paling rendah, justeru meningkatkan risiko ditenggelami air apabila hujan lebat.

No comments:

Post a Comment