Search This Blog

Wednesday, September 26, 2012

20 terperangkap kebakaran lombong di Kanada



OTTAWA: Sekurang-kurangnya 20 pelombong potasium bawah tanah terperangkap akibat kebakaran di Wilayah Saskatchewan di selatan Kanada, hari ini.

Jurucakap syarikat lombong berkenaan, Dale Stangeland berkata pelombong berkenaan yang berada di bawah tanah bagaimanapun berjaya memasuki stesen kecemasan bagi mengelak kebakaran. Beliau berkata, sembilan yang lain berjaya menaiki permukaan lombong selepas kabel di bawah tanah disambar api.
“Ketika ini pasukan penyelamat sedang dikerah untuk memadam dan menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap. Perhubungan di bawah tanah sedang dlaksanakan," katanya.

Lombong berkenaan terletak kira-kira 200 kilometer dari ibu negeri, Regina.

Lombong yang dimiliki Potash Corporation itu adalah pengeluar terbesar potasium di dunia yang digunakan untuk membuat baja. - AFP

No comments:

Post a Comment