Search This Blog

Wednesday, September 26, 2012

2 sahabat lemas ketika mandi bersama 7 rakan



25/09/2012 9:03pm

KUALA LUMPUR – Kegembiraan sembilan sahabat semasa mandi-manda di sungai tidak berpanjangan apabila dua daripadanya mati lemas di Sungai Kedongdong, Ulu Yam Baru, Selangor hari ini.

Mangsa, Aliff Anwar Amiruddin, 20, dan Muhammad Syawal Kamarulzaman, 18, masing-masing dari Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor dan Brickfields di sini ditemui lemas oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Kubu Baharu dan Balai Rawang yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Tujuh rakannya yang terselamat gagal menyelamatkan mangsa, yang dikatakan tenggelam, ketika asyik mandi kira-kira 11.30 pagi.

Rakan mangsa Khairul Anwar Md Asri, 16, berkata, kejadian terlalu pantas dan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Beliau berkata, ketika kejadian mereka mereka cuba mencari kawasan cetek kerana Muhammad Syawal tidak tahu berenang, tetapi mangsa dikatakan terus turun ke sungai.

"Saya nampak Aliff cuba selamatkan Muhammad Syawal tapi dengan dia sekali lemas dan rakan lain cuba menyelamatkan mereka dengan menghulurkan sebatang kayu namun dalam seketika saja mereka sempat berpaut sebelum tenggelam semula,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa dan rakannya merupakan pekerja di sebuah pasar raya dan kesemua mereka tinggal di Pantai Dalam di sini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment