Search This Blog

Saturday, September 15, 2012

2 remaja disyaki bunuh 7 orang untuk wang




         
BEIJING: Dua remaja ditahan kerana disyaki membunuh tujuh orang di selatan China.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Fu Zhenli, 17 dan Liu Qizhi, 18, ditahan selepas polis mengesyaki mereka membunuh tiga orang, termasuk pemilik hotel, seorang wanita hamil dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, di wilayah Yunnan pada 30 Ogos lalu.
Xinhua melaporkan, polis kemudian mendapat tahu, remaja itu membunuh seorang lelaki dan perempuan di wilayah Hunan dan sepasang lelaki dan perempuan di wilayah Guangdong, Ogos lalu.

Kedua-dua suspek itu berasal dari Hunan.


Agensi itu melaporkan, motif pembunuhan itu kemungkinan besar adalah wang tetapi tidak memberi butiran lanjut.


Jenayah ganas dipercayai rendah di China, walaupun data kerajaan biasanya ketinggalan zaman atau tidak lengkap. - AP

No comments:

Post a Comment