Search This Blog

Saturday, September 22, 2012

2 dicekup samun stesen minyak




Kajang: Dua penjenayah tidak sempat melarikan wang tunai dan rokok disamun dari sebuah stesen minyak di Semenyih selepas diberkas polis, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 20-an nekad menyamun premis terbabit bersama tiga lagi rakan dengan bersenjatakan tukul besi, pemutar skru, besi, pengunci stereng kereta dengan memecahkan cermin hadapan stesen berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata dua warga asing yang bertugas sempat menyelinap keluar melalui pintu belakang dan menghubungi polis sejurus kumpulan penjenayah itu memecahkan cermin di kaunter depan.
Penyamun menggelabah

“Sepasukan anggota peronda (MPV) yang berada tidak jauh dari situ terus bergegas ke tempat kejadian tidak sampai lima minit selepas menerima laporan.

“Terkejut dengan kehadiran MPV, semua suspek menggelabah melarikan diri dengan dua darinya nekad melanggar kereta peronda dengan motosikal menyebabkan mereka terjatuh dan ditahan,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya tiga lagi rakan mereka berjaya meloloskan diri dengan lari ke kawasan belukar berhampiran stesen terbabit.
“Wang tunai RM800 dan beberapa kartun rokok yang cuba dilarikan dirampas termasuk semua senjata digunakan untuk melakukan samun.

“Tiga motosikal yang digunakan suspek turut dirampas dan siasatan awal mendapati salah satu motosikal itu dilapor dicuri di Sungai Besi baru-baru ini,” katanya.

Azman berkata, polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutp (CCTV) yang ada di stesen terbabit dan gerakan memburu suspek yang melarikan diri kini giat dilakukan.

No comments:

Post a Comment