Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Wanita warga Ethopia didakwa edar 90kg dadah jenis daun khat

SEPANG- Seorang wanita warganegara Ethopia hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan mengedar 90 kilogram dadah jenis Cathinone atau dikenali sebagai daun khat.
 
Muna Muhammad Ibraheem, 36, seorang suri rumah, dituduh melakukan kesalahan 
itu di pejabat Unit Operasi Bahagian Import dan Zon Bebas, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 tengah hari, 2 Ogos lalu. 
 
Ibu kepada dua anak itu yang bermastautin tetap di Kanada didakwa mengikut 
Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
 
Tiada pengakuan direkodkan.

 
Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Zulhelmy Hassan 
menetapkan 16 Okt untuk sebutan kes itu sementara menunggu penyediaan laporan kimia.
 
Muna, yang berada di negara ini selama seminggu, dihantar ke Penjara Kajang 
sementara menunggu tarikh sebutan kesnya itu.

No comments:

Post a Comment