Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Uruguay cadang benarkan tanam, jual ganja




         
BUENOS AIRES: Kerajaan Uruguay mengemukakan rang udang-undang kepada Kongres yang akan membolehkan negara itu menanam dan menjual ganja dalam langkah diyakini Presiden Jose Mujica dapat mengurangkan jenayah berkaitan pengedaran dadah.

Penggunaan ganja memang dibenarkan undang-undang Uruguay.


Jika diluluskan Kongres, rang undang-undang itu akan membenarkan aktiviti penjualan dan penghasilan ganja di negara itu. Pembelian ganja oleh pengguna berdaftar dihadkan kepada 30 gram sebulan, manakala warga asing dilarang mendapatkan dadah itu bagi mengelak Uruguay menjadi lubuk penagih dadah di kalangan pelancong. - Reuters

No comments:

Post a Comment