Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Tinggal jam

SHAH ALAM: Hanya tinggal jam. Itu yang berlaku terhadap mangsa kemalangan yang rentung dalam kejadian kemalangan di Kilometer 7.9, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Kuala Lumpur, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa dipercayai seorang lelaki berdasarkan jam tangan lelaki dipakai pada tangan kanannya.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kereta BMW berwarna putih itu terbabas dan merempuh besi penghadang jalan sebelah kiri sebelum terjunam ke dalam parit sejauh kira-kira 13 meter dan terbakar.

“Mangsa gagal diselamatkan berikutan keretanya hangus 100 peratus dan selepas api dipadamkan, bomba terpaksa memotong kenderaan bagi mengeluarkan mayat mangsa.

“Mangsa belum dikenal pasti identitinya berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui yang musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Ruslan berkata, siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca kemalangan dan identiti mangsa.


“Kami percaya mangsa seorang lelaki berdasarkan penemuan seutas jam tangan berjenama Casio jenis lelaki dipakai pada tangan kanannya,” katanya.

Ruslan berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis turut menemui cebisan nombor pendaftaran kenderaan terbabit iaitu WVW.

No comments:

Post a Comment