Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Tebusan berjaya larikan diri ketika penculik tertidur




         
MANILA: Lelaki India yang diculik lebih setahun yang lalu di selatan Filipina, berjaya melepaskan diri apabila penculik mereka tertidur selepas berpuasa, kata polis.

Biju Kolara Veetil, 37, diculik oleh suspek pemisah Islam pada Jun tahun lalu di Jolo ketika beliau melawat keluarga isterinya, warga Filipina.
Ketua Polis tempatan, Superintendan Kanan, Antonio Freyra berkata, Biju berjaya melarikan diri ketika penculiknya tertidur, sebelum waktu subuh, semalam, dan menumpang kenderaan, berlindung di sebuah pejabat tempatan, sebelum menghubungi polis.

“Penculiknya sedang berehat. Mereka berpuasa dan keletihan lalu tertidur, jadi Biju berjaya melarikan diri,” katanya.


Katanya lagi, Biju kehilangan 20 kilogram sepanjang dia diculik dan kini berada dalam keadaan baik serta telah bertemu kembali dengan isterinya. - MT

No comments:

Post a Comment