Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Talak tiga sekali gus

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak dapat menahan kemarahan, seorang lelaki menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus.
Akibat perbuatannya itu, tertuduh, Wan Jalaludin Wan Long, 53, didenda RM520 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku salah terhadap tuduhan bercerai di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, dua tahun lalu mengikut Seksyen 124 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Dia juga berdepan hukuman penjara empat hari sekiranya gagal membayar denda seperti ditetapkan Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor.
Wan Jalaludin menceraikan isterinya dengan lafaz ‘Saya ceraikan kamu dengan talak tiga’ pada 24 September 2010, jam 9 malam di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, dekat sini.

Tertuduh membuat pengesahan lafaz cerai pada 23 Mac 2011 di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, dan disabitkan perceraian dengan talak tiga. Ketika diberi peluang membuat rayuan, Wan Jalaludin memohon mahkamah mengurangkan hukuman denda dan tidak dikenakan hukuman penjara kerana ia menjejaskan masa depannya.

Pendakwaan diwakili Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Wan Mohd Najib Wan Hamat.

No comments:

Post a Comment