Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Selesema burung jenis baru dikesan

Selesema burung jenis baru dikesan: "WASHINGTON 31 Julai - Selesema burung jenis baru dikenal pasti sebagai punca kematian anak anjing laut di kawasan perairan timur laut Amerika Syarikat dan membawa risiko kepada manusia.

Laporan jurnal Persatuan Mikrobiologi Amerika, mBio berkata, selesema burung jenis baru dikenali sebagai H3N8 adalah punca kematian 162 anjing laut yang kebanyakan berumur kurang daripada enam bulan, di kawasan perairan AS pada tahun lepas.

Saintis Universiti Columbia, New York memberi amaran selesema burung jenis baru itu berkemampuan mengalami evolusi kepada bentuk yang boleh menjangkiti manusia seperti H5N1, walaupun setakat ini kes tersebut masih belum berlaku. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment