Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Penyerang pawagam ‘sakit mental’




         
CENTENNIAL (Colorado): Suspek yang menembak mati 12 orang di sebuah pawagam ketika tayangan pembukaan filem Batman bulan lalu mengalami sakit mental, kata peguam belanya, semalam.

Dan King juga meminta mahkamah memberinya lebih masa untuk membolehkan kesihatan James Holmes (gambar), dinilai.


Ketika kes itu dibicarakan, King mengecam pendakwa kerana tidak memberikan semua laporan, gambar serta bukti lain kepada pihaknya “Penilaian masalah mental Holmes tidak dapat dimulakan sehingga kami menerima semua maklumat berkenaan,” katanya.

Holmes, 24, adalah mahasiswa neurosains menyerbu pawagam di Aurora, Colorado, dan melepaskan tembakan ketika orang ramai menonton The Dark Knight Rises, 20 Julai lalu.


Sepuluh daripada 58 mangsa cedera dalam insiden itu masih dirawat di hospital dengan empat kritikal. - AFP

No comments:

Post a Comment