Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Pengurus dilarikan perompak

Pengurus dilarikan perompak
Dua suspek direman di Mahkamah Majistret Tampin, semalam

TAMPIN – Seorang wanita yang juga pengurus sebuah pasar raya di Gemas, dilarikan empat penjenayah hampir 100 kilometer, sebelum ditinggalkan di tepi jalan, dalam kejadian 8 Ogos lalu.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana ditemui anggota polis di tepi jalan di Muadzam, Pahang, kira-kira jam 11 malam.

Dalam kejadian itu, rumah mangsa di Taman Molek, Gemas, dimasuki perompak sekitar jam 5 pagi sebelum dia dipaksa untuk membuka peti besi menempatkan wang di pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pihaknya berjaya menangkap tiga suspek berusia 20-an yang berasal dari Gemas dan memburu seorang lagi suspek.

“Kita berjaya menemui mangsa bersama seorang suspek di tepi jalan dalam tempoh kurang 24 jam. Dua lagi suspek kini direman bermula hari ini (semalam).

“Berdasarkan siasatan awal, perompak telah memaksa mangsa membuka peti besi berkenaan antara jam 5 hingga 7 pagi kerana hanya mangsa sahaja pekerja yang mengetahui gabungan kod rahsia peti itu.

Wang jualan RM15,000 turut dilarikan," katanya, semalam.

Kooi Cheang berkata, laporan polis dibuat setelah penolong pengurus pasar raya itu tiba  premis terbabit sekitar jam 10 pagi dan menyedari peti besi dan wang telah dilarikan serta ketiadaan pengurus di rumah.

No comments:

Post a Comment