Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Pedagang organ dibicara

BEIJING: Seorang doktor bedah dan empat yang lain dibicarakan di tengah China kerana didakwa terbabit dalam sindiket penjualan buah pinggang seorang remaja, lapor media semalam.
Menurut China Daily, Wang Shangkun, 18, berada dalam keadaan serius selepas menerima pemindahan buah pinggang melalui pembedahan haram, tahun lalu.

Kelima-lima tertuduh semalam dibicarakan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan dagangan organ haram.

Mereka berdepan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun jika bersalah.

Memetik dokumen mahkamah, China Daily mendakwa, Wang bersetuju menjual buah pinggangnya selepas dihubungi sebuah agensi haram melalui Internet.

Ibu Wang, Ou Linchun, memberitahu mahkamah, anaknya itu menjual buah pinggang untuk mencari wang bagi membeli peranti Apple, iPhone dan iPad 2.


Kata Ou, Wang diperdaya pedagang organ haram.

Selepas mendapat bayaran, katanya, dia percaya anaknya itu takut diketahui memiliki banyak wang daripada biasa.

“Justeru, Wang membeli sebuah telefon selular dan komputer tablet,” katanya. Buah pinggang Wang dijual pada harga kira-kira RM73,500, selain diberi imbuhan wang tunai tambahan bernilai RM31,000.

Sementara itu, akhbar Changsha Evening News melaporkan, pihak Wang cuba mendapatkan pampasan bernilai RM1.4 juta daripada lima defendan terbabit.

Tuntutan turut dibuat pihak Wang ke atas kakitangan perubatan yang terbabit dalam pembedahan itu, sebuah hospital serta sebuah syarikat pelaburan perubatan. - AFP

No comments:

Post a Comment