Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Korban Taufan Saola meningkat kepada lapan

Korban Taufan Saola meningkat kepada lapan: "MANILA 31 Julai - Angka korban akibat Taufan Saola di ibu negara Filipina ini meningkat kepada lapan orang hari ini, sementara lebih 140,000 penduduk terpaksa dipindahkan berikutan banjir serta hujan lebat.

Taufan itu membawa angin kencang selaju antara 120 dan 150 kilometer sejam apabila melanda bahagian timur laut negara, malam tadi.

Jurucakap Pejabat Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, enam terbunuh akibat lemas, seorang terkorban dihempap pokok, sementara seorang lagi mati terkena renjatan elektrik.

"Lebih 140,000 penduduk kini terjejas akibat banjir di tujuh wilayah. Kebanyakan mereka telah ditempatkan di pusat perlindungan sementara," ujarnya.

Ramos berkata, hari kedua Saola melanda juga menyaksikan kebanyakan kawasan di Manila turut mengalami gangguan bekalan elektrik apabila banyak tiang-tiang tumbang akibat dipukul angin kencang.

Jelas beliau, taufan itu turut mengakibatkan jalan-jalan rosak serta jambatan runtuh berikutan banjir dan tanah runtuh.

Menurut Biro Kaji Cuaca Filipina, taufan itu kini bergerak pada kelajuan tujuh kilometer sejam menuju Taiwan dan diramal mendarat di negara pulau itu pada Khamis ini. - AGENSI/DPA"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment