Search This Blog

Sunday, August 12, 2012

Jumlah korban banjir Filipina meningkat 66

PENDUDUK meredah banjir di sepanjang jalan di bandar Calumpit,  utara Manila, Filipina, semalam.
PENDUDUK meredah banjir di sepanjang jalan di bandar Calumpit, utara Manila, Filipina, semalam.

MANILA: Pihak berkuasa Filipina semalam berhempas-pulas untuk menyalurkan bantuan kecemasan dan makanan kepada lebih dua juta rakyatnya yang terjejas akibat banjir, ketika jumlah kematian meningkat kepada 66, kata pegawai kerajaan.
Banjir yang menenggelamkan 80 peratus daripada Manila awal minggu ini semakin surut, membenarkan penduduk kembali ke kediaman mereka, tetapi kawasan pertanian di utara negara itu masih ditenggelami air.

Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos memberitahu media, bilangan penduduk yang dipindahkan, termasuk 441,000 orang yang bersesak di pusat perlindungan perlu diberikan bantuan dan makanan sekurang-kurangnya untuk tujuh hari lagi.

“Kerajaan mempunyai peruntukan bekalan untuk sebulan jika perlu. Kami mempunyai bekalan kecemasan yang mencukupi,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment