Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Gelisah ibu tidak pulang

MAUT...mayat Saadiah (gambar kecil) terbaring berhampiran motosikalnya selepas dirempuh jentera bomba, semalam.
MAUT...mayat Saadiah (gambar kecil) terbaring berhampiran motosikalnya selepas dirempuh jentera bomba, semalam.
IPOH: “Hati saya tidak keruan apabila ibu masih tidak pulang ke rumah walaupun waktu berbuka puasa semakin hampir. Saya cuba hubungi telefon bimbitnya berulang kali namun gagal,” kata Nor Aishah Ahmad Dol, 30, anak kepada Saadiah Yahya, 55, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan bomba dan motosikal berhampiran lampu isyarat simpang empat di Jalan Raja Musa Aziz dan Jalan Raja Idris Shah, di sini, semalam.
Aishah berkata, ibunya yang bertugas di Lembaga Air Perak (LAP) biasanya pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama mereka sekitar jam 6.30 petang.
“Bagaimanapun saya tidak sedap hati apabila ibu masih tidak sampai di rumah seperti kebiasaannya. Saya cuba hubungi telefon bimbit ibu namun tidak dijawab.

“Namun segala persoalan terjawab apabila seorang anggota polis muncul di hadapan rumah kami di Kampung Tersusun Sungai Pari, Buntong, di sini, sebelum memaklumkan ibu saya maut akibat kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui wartawan di pekarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.

Aishah berkata, ibunya yang juga seorang ibu tunggal biasanya tidak makan ketika berbuka puasa sebaliknya hanya gemar meminum segelas air untuk mengalas perut.

No comments:

Post a Comment