Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Enam lelaki ditahan larikan ubat kurangkan kolesterol





11/08/2012 2:43am



SHAH ALAM - Polis Selangor menahan enam lelaki tempatan yang disyaki melarikan 2,400 kotak ubat mengurangkan kolesterol bernilai RM430,000 di gudang MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua suspek berumur dalam lingkungan 30 dan 46 tahun dipercayai mempunyai pengalaman dalam pengurusan kargo serta agensi penghantaran barang.


Katanya, kesemua mereka diberkas mulai Sabtu hingga Isnin lepas hasil serbuan berasingan di MAS Kargo KLIA, Sungai Pelek, Slim River, Perak; Subang Jaya dan Sungai Buloh.


"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya menahan kesemua lelaki berumur 30 hingga 46 tahun di lima lokasi berkenaan minggu lepas.


“Polis turut menemui kembali 1,752 daripada 2,400 kotak ubat-ubatan itu selain wang tunai berjumlah RM29,000.


"Hasil siasatan menunjukkan sebanyak 648 kotak sudah diedarkan di farmasi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Miri, Sarawak.


"Harga pasaran bagi satu kotak ubat itu adalah RM180 tetapi mereka (suspek) menjual kepada pembeli dengan harga RM115,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.


Mengulas lanjut, Tun Hisan berkata, dua daripada enam suspek mengaku menyamar sebagai wanita bagi mengelirukan pengawal bilik kawalan CCTV sebelum menggunakan jentera ‘forklift’ yang ditinggalkan pekerja di situ untuk memecah masuk gudang ubat itu.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman sehingga hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment