Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Dua lelaki Nigeria ditahan bersama 2 bungkus syabu

SUBANG JAYA: Polis menahan dua lelaki warga Nigeria dan merampas dua beg plastik berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM260,000 yang disembunyikan dalam beg komputer riba di Jalan PU 8/1, Taman Puchong, di sini, Isnin lalu.
Dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun itu cuba melarikan diri ketika ditahan jam 8.15 malam hingga berlaku pergelutan dengan anggota polis sebelum seorang daripada suspek cuba mengambil objek menyerupai pistol diselitkan pada stoking kaki kirinya. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dua suspek terbabit bagaimanapun ditahan selepas berlaku pergelutan. “Polis memeriksa kereta Proton Saga dinaiki suspek sebelum menemui satu beg komputer riba diletakkan antara tempat duduk pemandu dan penumpang depan. “Hasil pemeriksaan lanjut menemui dua bungkus ketulan kristal dipercayai syabu seberat 1.970 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM260, 000,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan terhadap seorang daripada suspek menemui satu peket lagi ketulan kristal seberat 1.5kg serta satu pemetik api menyerupai pistol diselitkan pada stoking dipakainya. Katanya, ujian air kencing seorang daripada suspek mendapati positif dadah. “Selepas memeriksa dengan Jabatan Imigresen, kedua-dua suspek yang mengaku pelajar kolej swasta di Ampang dan Nilai itu didapati memasuki negara ini sejak dua tahun lalu. “Hasil siasatan dengan kedua-dua kolej berkenaan menunjukkan tiada sebarang rekod suspek sebagai pelajar,” katanya.

No comments:

Post a Comment