Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Beribu-ribu lari ke pusat pemindahan bila paras banjir naik




         
APALIT (Filipina): Beribu-ribu mangsa banjir kembali ke pusat pemindahan semalam, apabila air naik lagi ke paras pinggang dan meliputi kawasan pertanian dan jumlah mereka yang maut akibat banjir kini meningkat kepada 60 orang.

Banjir yang menenggelamkan 80 peratus Manila awal minggu ini sudah surut di kebanyakan tempat, di mana ramai yang mengambil kesempatan pulang ke rumah masing-masing. Tetapi, kawasan penanaman padi di bahagian utara masih lagi ditenggelami air kerana hujan masih belum berhenti.
“Kami perlu makan. Saya belum dapat pergi kerja dan tidak mendapat gaji untuk minggu ini,” kata Rogelio Soco, seorang buruh kontrak dan bapa kepada tiga orang anak di Apalit, bandar kecil pertanian kira-kira 60 kilometer dari Manila.

Soco, 60, berkata, banjir yang berlaku sejak Isnin lalu, adalah yang terburuk di kawasan itu sejak taufan melanda pada awal 1970-an. - Manila Times

No comments:

Post a Comment