Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Belasah isteri



Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
         
KUALA LUMPUR: Gara-gara rahsianya mempunyai teman wanita terbongkar, seorang lelaki bukan saja membelasah isterinya dengan tali pinggang, malah turut merampas barang kemas dipakai mangsa bernilai lebih RM4,000 dalam kejadian di Kampung Cheras Baru, kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut mengupah rakan mengugut bapa mentuanya kerana menyelamatkan mangsa daripada terus dipukul.


Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Katijah, 20-an, berkata, ketika berada di rumah kira-kira jam 1 pagi, suaminya tiba-tiba membelasahnya dengan tali pinggang selepas dia bertanyakan mengenai suaminya yang didakwa mempunyai teman wanita lain.

“Berang dengan pertanyaan itu, suami terus membelasah kepala, mulut dan belakang badan saya hingga berdarah.


“Tidak cukup dengan itu, dia turut merampas rantai leher, anting-anting, gelang tangan dan cincin sebelum meninggalkan saya bersendirian di rumah,” katanya.


Menurutnya, akibat tidak tahan dipukul, dia meminta bapanya membawanya pulang ke rumah keluarga mereka dan tindakan itu menyebabkan suaminya bertambah marah.

Katanya, ketika berada di rumah keluarga, seorang lelaki menelefon bapanya dan mengugut mahu menculik mereka berdua.


Bimbangkan keselamatan diri dan keluarga, Katijah membuat laporan di Balai Polis Cheras.

No comments:

Post a Comment