Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Balu, anak perempuan Arafat buat tuntutan mahkamah

Balu, anak perempuan Arafat buat tuntutan mahkamah: "PARIS 1 Ogos - Balu dan anak perempuan Yasser Arafat meminta mahkamah Perancis menjalankan siasatan mengenai kematian bekas pemimpin Palestin tersebut, selepas satu laporan mengatakan Arafat berkemungkinan meninggal dunia akibat diracun pada 2004.

Peguam bela Pierre-Olivier Sur berkata, Suha dan Zawra Arafat turut mengemukakan tuntutan untuk mendakwa mana-mana pihak yang menyebabkan kematian bekas pemimpin tersebut.

Dakwaan mengenai Arafat meninggal dunia akibat diracun mula tersebar awal bulan lalu selepas rangkaian berita Al-Jazeera melaporkan mengenai penemuan bahan radioaktif pada pakaian milik bekas pemimpin itu. - AFP/REUTERS"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment