Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Australia rampas dadah bernilai RM1.5 bilion

Australia rampas dadah bernilai RM1.5 bilion: "SYDNEY 31 Julai - Polis Australia merampas setengah tan dadah jenis ice dan heroin bernilai AS$525 juta (RM1.5 bilion) yang disembunyikan di dalam pasu dari Thailand.

Polis berkata, tujuh orang termasuk empat rakyat Hong Kong ditahan selepas siasatan dijalankan selama setahun hasil maklumat daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Rampasan methamphetamine atau dikenali dengan ice seberat 306 kilogram itu merupakan rampasan dadah terbesar di negara ini, manakala rampasan 252 kilogram heroin adalah rampasan ketiga terbesar di Australia.

"Pihak kami yakin sindiket ini didalangi oleh banyak pihak,'' kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Andrew Colvin.

Dadah itu ditemui tersembunyi di dalam 3,200 pasu di Pelabuhan Botani Sydney.

Mereka yang ditahan didakwa dengan konspirasi untuk mengimport dadah haram dan memiliki dadah dalam kuantiti yang banyak."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment