Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Anggota tentera dakwa dibelasah pegawai

Kuala Lumpur: Seorang anggota tentera cedera di kepala selepas didakwa dibelasah sekumpulan pegawai hanya kerana tidak memberi tabik hormat kepada pegawai atasannya dalam kejadian Sabtu lalu. 

Ahmad Abu, 21, mengawal Pos Kawalan Unit Semboyan, Kementerian Pertahanan apabila dia dikatakan tidak memberi tabik hormat kepada pegawai berpangkat Mejar Jeneral yang memasuki kawasan kementerian menggunakan kenderaan sendiri. 
Bapa mangsa, Abu Koming, 53, berkata anaknya itu baru bertugas di pos kawalan berkenaan dan tidak mungkin mengenali semua pegawai di kementerian selain pegawai terbabit tidak menggunakan kenderaan tentera. 

Katanya, berikutan itu, Ahmad dipanggil tiga pegawai penyelianya, masing-masing berpangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Koperal untuk memberi penjelasan. 

“Tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan, mereka membelasah anak saya hingga cedera di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital apabila tidak sedarkan diri,” katanya. 

Abu berkata, beliau hanya dimaklumkan Ahmad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras kira-kira jam 10 malam hari kejadian oleh pegawai pemerintah (CO) anaknya. 

“CO memberitahu anak saya terjatuh ketika menjalankan tugasnya, selain turut meminta perkara itu tidak diperbesarkan kerana membabitkan kes kecil,” katanya yang membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi 29 Julai lalu. 
Beliau berkata, doktor mengesahkan ada kesan kecederaan pada Ahmad yang mungkin akibat penderaan fizikal. 

Sementara itu, Pengarah Media Kementerian Pertahanan, Kolonel Fadzlette Othman Merican, ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat terpeinci kes itu sebaik maklumat lengkap diterima termasuk daripada polis

No comments:

Post a Comment