Search This Blog

Sunday, August 12, 2012

41 terbunuh bas jatuh gaung




         
SHIMLA (India): Sekurang-kurangnya 41 orang maut apabila sebuah bas penumpang tercampak ke dalam gaung di kawasan pergunungan di utara negara ini, semalam, kata pihak berkuasa.

Bas berkenaan tergelincir daripada jalan raya di negeri Himachal Pradesh, kata Timbalan Komisioner polis daerah, Sunil Chaudhary kepada media.


“Setakat ini, kami mengesahkan 41 maut dan 17 lagi cedera dalam kemalangan itu di mana bas berkenaan jatuh ke dalam gaung sedalam 76 meter,” katanya.

Nahas berlaku di daerah Chamba, kawasan pergunungan kira-kira 191 kilometer dari Shimla. - AFP

No comments:

Post a Comment