Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Warga emas disamun 3 lelaki bersenjatakan parang

Warga emas disamun 3 lelaki bersenjatakan parang - Pahang - Sinar Harian:


KUANTAN - Seorang lelaki warga emas dan keluarganya disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Taman Rimba, Mentakab.
Dalam kejadian 7.50 pagi tadi, tiga suspek yang menaiki sebuah kereta berhenti di depan rumah mangsa sebelum menyerbu masuk ke kawasan rumah dan mengacukan parang ke lehernya.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menampal pelekat cukai jalan di keretanya.
"Mangsa kemudian dikurung di dalam sebuah bilik bersama isteri dan dua lagi anaknya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek kemudian menggeledah rumah mangsa dan melarikan sebuah komputer riba serta wang tunai berjumlah RM8,000.
"Polis percaya tiga suspek terbabit adalah kumpulan sama yang bergiat aktif melakukan jenayah samun di Temerloh dan di daerah lain," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment