Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Tragedi berdarah bunga malai

Berita Harian | Tragedi berdarah bunga malai:pix_gal0
Tampin: Empat orang termasuk tiga beranak yang menaiki sebuah motosikal maut akibat dirempuh sebuah lori di Kilometer 4 Jalan Tampin-Gemas di sini, petang kelmarin. 

Kemalangan berlaku ketika H Duraiswami, 34, yang menunggang Honda EX-5 yang dibonceng isterinya, A Mere Minna, 37, serta anaknya, Kugan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Repah Baru, selepas membeli Bunga Malai di pusat bandar, di sini. Turut maut rakan Duraiswami yang dikenali sebagai Samugam, 60, yang ketika itu sedang berjalan kaki berhampiran lokasi kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang. 
Kemalangan itu menyebabkan bunga malai yang dibeli untuk upacara keagamaan dan darah mangsa bertaburan di atas jalan di lokasi kejadian. 

Sebelum kejadian, Duraiswami yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Repah Baru dikatakan terserempak dengan Samugam yang berjalan kaki di seberang jalan sebelum berpatah balik. 

Selepas bersembang dengan rakannya itu, Duraiswami mahu menyambung perjalanan sebelum sebuah lori membawa roti tiba-tiba merempuh motosikal dinaiki tiga beranak itu. 

Samugam yang berada berhampiran turut terkena motosikal yang terpelanting, menyebabkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan parah. 
Mere Minna dan Kugan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan, manakala Duraiswami dan Samugam mati ketika dirawat di hospital. 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata pemandu lori berusia 31 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, abang Duraiswami, Ganesh, 39, berkata pasangan itu meninggalkan tiga lagi anak berusia satu, lima dan tujuh tahun.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment