Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Tiga nafi menyamun

myMetro | Tiga nafi menyamun: "KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap sepasang kekasih warga Thailand menyebabkan kerugian RM1,500, akhir bulan lalu.

Tertuduh, R Kishen Raj dan K Revivarman, masing-masing pengurus juruwang dan pekerja pasar raya bersama seorang penganggur, J Uthayakumar, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Ketiga-tiga mereka berusia 20 tahun didakwa merompak beg silang mengandungi pasport, buku bank di Thailand serta dua telefon bimbit bernilai RM1,500 milik seorang penyanyi, Yotsapat Pisitvoravong, 32, dan teman wanitanya, Dararat."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment