Search This Blog

Saturday, July 28, 2012

Tiga lagi bayar remaja bawah umur untuk seks didakwa




         
SINGAPURA: Tiga lagi lelaki didakwa kerana melakukan hubungan seks dengan pelacur bawah umur berhubung dengan kes berprofil tinggi rangkaian perkhidmatan pelacuran di Internet, lapor The Straits Times.

Ia adalah tambahan kepada 48 lelaki yang telah didakwa setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhan lelaki yang didakwa kepada 51. Mereka dituduh melanggan remaja terbabit yang ketika itu berusia bawah 18 tahun dan identitinya dilindungi oleh sindiket melalui bapa ayam, Tang Boon Thiew.


Ketiga-tiga didakwa ialah Ban Yinh Jheow, 42; Arjunan Kulasegaram, 37; dan Koh Kooi Hon, 40-an.

Kesemua mereka dipercayai bekerja di sektor swasta dan seorang dikatakan naib presiden firma broker yang ternama di sini.


Ban menghadapi tiga pertuduhan, manakala Arjunan dan Koh, masing-masing berdepan satu pertuduhan. Menurut laporan akhbar itu, peguam jenayah terkenal, Subhas Anandan yang telah mewakili 10 lelaki lain yang didakwa telah diupah untuk mewakili seorang daripada tiga lelaki berkenaan. - Straits Times

No comments:

Post a Comment