Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Tidak serik masuk penjara

Tidak serik masuk penjara
Anggota polis menunjukkan pelbagai barangan yang diberjaya dibawa lari mangsa.
GERIK – Baru keluar penjara sebulan lalu, seorang remaja warga Thailand tidak serik melakukan aktiviti jenayah di negara ini apabila ditahan sekali lagi dalam satu kejadian pecah masuk sebuah premis perniagaan telekomunikasi di   Jalan Tun Saban di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, suspek berusia 17 tahun memasuki melalui pintu belakang premis berkenaan berjaya melarikan pelbagai telefon bimbit, kad tambah nilai, kad memori dan wang
tunai RM25,000 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM65,000.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak sempat berjoli dengan wang berkenaan di Betong, Thailand apabila polis berjaya memberkas suspek di rumah keluarganya di Kampung Kenayat di sini, pada jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 11 pagi dan pihaknya berjaya menahan remaja berkenaan setelah melihat rakaman kamera kitar tertutup (CCTV) di kedai telekomunikasi terbabit.

Menurutnya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes curi motosikal tahun lalu. “Mangsa berusia 40 tahun membuat laporan polis selepas mendapati telefon bimbit yang dipamerkan dalam almari kacanya hilang ketika sampai ke kedai.

“Bagaimanapun, suspek mudah dikenal pasti apabila wajahnya jelas dilihat dalam CCTV sewaktu memecah masuk premis itu. "Kemudian dia membawa barangan curi itu menaiki motosikal,” katanya ketika ditemui  di  bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini, semalam.

Abdul Manab berkata, ketika siasatan, remaja itu menunjukkan kepada anggota polis semua barangan dan wang tunai yang disimpannya dalam semak berhampiran dengan rumah  eluarganya kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

“Bapa mangsa menetap di sini dan berasal dari Thailand  manakala ibunya merupakan warga tempatan turut disoal siasat. "Suspek sudah empat kali keluar masuk ke     negara ini dalam masa sebulan dan menjalankan kegiatan pecah masuk  premis perniagaan di sini untuk berjoli sakan di negara jiran, Thailand,” katanya.

Tambah Abu Manab, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk soal siasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan sekiranya  disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dan denda.

"Difahamkan, remaja berkenaan mula melakukan jenayah di negaranya secara bersendirian ketika berusia 15 tahun.
"Suspek yang mempunyai beberapa kes jenayah lampau di sekitar daerah di sini termasuk kegiatan memecah masuk rumah penduduk dan tahun lalu, dia dihukum selepas didapati bersalah mencuri motosikal," katanya.Tidak serik masuk penjara - Perak - Sinar Harian:

No comments:

Post a Comment