Search This Blog

Saturday, July 14, 2012

Teman wanita menyorok dalam bilik air

Teman wanita menyorok dalam bilik air
Pasangan kekasih ini sempat bertanya khabar antara satu sama lain sebelum
 mereka masuk ke dalam kamar bicara untuk menghadapi
 pertuduhan atas satu kesalahan jenayah syariah.

DUNGUN – Sepasang kekasih yang menghadapi pendakwaan di mahkamah nyaris bermalam di sebalik tirai besi apabila mereka dijatuhkan hukuman denda atau penjara, selepas kedua-duanya didapati bersalah oleh mahkamah atas pertuduhan yang dikenakan.

Proses pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun itu dibuat susulan satu tangkapan ke atas pasangan terbabit ketika mereka berada di sebuah chalet berdekatan simpang ke kampung Durian Mentangau, dekat sini awal Jun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.20 pagi, 4 Jun 2012 di bilik penginapan Chalet Jalan Paka itu, kedua-duanya didapati berada di dalam bilik tersebut sehingga boleh menimbulkan syak wasangka.

Ketika serbuan, pintu dikunci dari dalam menyebabkan pegawai penguat kuasa syariah terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu bilik.

Setelah pintu berjaya dibuka, pemeriksaan mendapati pasangan lelaki sedang berbaring di atas tilam manakala pasangan perempuan pula bersembunyi di dalam bilik air.

Tertuduh lelaki, Asmiezal Ismail, 31, seorang buruh kontrak dan pasangannya, Noor Fatimah Yahya, 28, bagaimanapun mengaku bersalah dan kedua-duanya didenda RM2,500 atau dua tahun penjara jika gagal menjelaskan denda.

Asmiezal yang beralamat dari Jalan santong Paka dan pasangannya dari Kota Tinggi itu bagaimanapun menjelaskan denda.

Pendakwaan dilakukan pendakwa raya syarie, Mustafar Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

1 comment:

  1. Menyebarkan cerita aib seseorang muslim bukan sifat orang yang beriman. Apatah lagi jika cerita aib itu belum pasti benar atau bohong. Orang yang tabiatnya mewar-warkan keaiban orang, sesungguhnya imam dan pemimpin mereka ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, pemimpin munafiq pada zaman awal Islam.

    Allah Taala menyebut dalam Quran:
    إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
    “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).

    Ayat yang cukup memberi ancaman terhadap orang yang suka menyebarkan berita-berita tentang keaiban orang lain. Gembira dan suka dengan tersebarnya keaiban orang pun dicela dan diancam dengan azab pedih oleh Allah, apatah lagi perbuatan menyebarkan keaiban tersebut kepada umum.

    Orang beriman sifatnya mengasihi saudara seagama dan sedaya upaya menutup keaibannya. Di dalam satu hadis:
    يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف رحلة

    “Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).

    Sebagai Muslim, wajiblah kita menghindari dan membenci perbuatan menghebahkan aib orang Muslim lain. Mudah-mudahan dengan sikap dan semangat ini, Allah akan sentiasa menutup keaiban kita pula di dunia dan di akhirat

    PENULIS BLOG INI DIHARAP JIKA ANDA INGIN MENGEPOST ENTRY TENTANG AIB ORANG LAIN UNTUK TUJUAN SEBAGAI IKTIBAR KPD ORANG LAIN. JANGAN LETAK GAMBAR SIPELAKU DAN NAMA SI PELAKU.JIKA TIDAK ANDA JUGA MENANGGUNG DOSA SEBAB MENYEBARKAN AIB ORANG LAIN.

    ReplyDelete