Search This Blog

Saturday, July 28, 2012

Suspek wanita larikan barang kemas ditahan


BANDAR SERI BEGAWAN: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 23 tahun yang mempunyai kaitan dengan tindakan nekad kejadian ragut yang berlaku kelmarin di kedai emas di bandar raya ini.

Polis masih menyoal siasat suspek dan akan mendakwanya di mahkamah secepat mungkin.


Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis selepas dia tercicir dompetnya yang mengandungi kad pengenalan dan lesen memandu ketika terburu-buru melarikan diri dari tempat kejadian. Suspek berpura-pura ingin membeli beberapa set barang kemas di kedai itu sebelum dia bertindak nekad melarikan diri dengan barang kemas berkenaan.

Aksi suspek yang berbaju kurung dan bertudung ketika melarikan diri dengan barang kemas bernilai lebih B$18,000 (RM45,582) dirakam di kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan. - BT

No comments:

Post a Comment