Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Seminggu tiada minyak masak

Seminggu tiada minyak masak - Pahang - Sinar Harian:
Mohd Rahmat
Mohd Rahmat menunjukkan bahagian tempat minyak masak di sebuah kedai runcit di Felda Jengka 1 yang kosong berikutan krisis bekalan bahan itu sejak seminggu lalu.
JENGKA 1 - Krisis minyak masak yang berlaku hampir seminggu sejak Selasa lalu menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutamanya peniaga makanan.

Peniaga,  Mohd Rahmat Abdul Rahman berkata, sejak ketiadaan minyak masak, dia tidak dapat membuka gerai keropok lekornya.

“Dah seminggu minyak masak tiada dan saya sudah kehabisan stok untuk meneruskan perniagaan saya.

“Bila tidak dapat buka gerai, maka tiada sumber pendapatan untuk saya selama seminggu ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Rahmat berkata, krisis minyak masak yang berlaku di Felda Jengka 1 ketika ini adalah yang terburuk kerana bukan sahaja dalam bentuk paket tiada, tetapi juga minyak masak botol.

Peniaga barang runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Fitri berkata, ramai pelanggan merungut kerana ketiadaan minyak masak di kedainya.

“Ada di antara mereka menuduh saya menyimpan minyak masak tersebut untuk mendapatkan keuntungan lebih, sedangkan saya sendiri gagal mendapatkan bekalan untuk kedai saya.

“Lebih-lebih lagi sekarang sudah hampir masuk Ramadan, jadi ramai peniaga makanan bimbang jika masalah ini berterusan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin mahu pihak kementerian berkaitan mengambil tindakan segera mengatasi masalah itu.

Sinar Harian difahamkan masalah ketiadaan bekalan minyak masak tidak hanya berlaku di Felda Jengka 1, tetapi juga di seluruh Wilayah Jengka.

Menurut satu sumber, difahamkan gangguan berpunca daripada masalah di pihak pengilang, namun dimaklumkan ia dijangka pulih hari ini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment