Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Ribut: 1.3 juta rumah di AS terputus bekalan elektrik

Ribut: 1.3 juta rumah di AS terputus bekalan elektrik: "WASHINGTON 5 Julai - Kira-kira 1.3 juta rumah dan kawasan perniagaan di timur Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik kerana ribut dan keadaan suhu yang panas yang melanda kawasan itu sejak Jumaat lalu dan menyebabkan 23 terkorban.

Keadaan tersebut memaksa penduduk di kawasan berkenaan untuk membatalkan pesta Fourth of July yang sering diraikan pada bulan Julai.

Syarikat bekalan tenaga elektrik memberi amaran bahawa sesetengah tempat mungkin akan mengalami gangguan kuasa dan tidak dapat menghidupkan penghawa dingin mereka sepanjang minggu. - REUTERS"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment