Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Remaja edar dadah dijel 6 tahun, 10 sebatan

myMetro | Remaja edar dadah dijel 6 tahun, 10 sebatan: "SHAH ALAM: Seorang remaja berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memiliki 381 gram ganja dan 1.62 gram syabu ketika ditahan di Ampang, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hasyiff Abdul Jalil dan memerintahkan hukuman berjalan mulai tarikh tertuduh ditangkap.


Tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan memiliki dadah berkenaan di depan pejabat urusan Damai Kota Cab Sdn Bhd, SA29-G, Lorong Perdana 3, Pandan Utama, Ampang, kira-kira jam 9.55 malam, 7 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Tertuduh juga mengaku bersalah terhadap satu lagi tuduhan memiliki 1.62 gram syabu di tempat dan masa sama."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment