Search This Blog

Saturday, July 28, 2012

Profesor hadapi 6 tuduhan rasuah




         
SINGAPURA: Profesor undnag-undang daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) yang didakwa melakukan hubungan seks dengan pelajarnya sebagai pertukaran untuk gred tinggi semalam didakwa dengan enam pertuduhan rasuah.

Tey Tsun Hang, 41, didakwa dengan dua tuduhan mendapatkan kepuasan seks daripada bekas pelajar tahun empat, Darinne Ko Wen Hui, selain memperoleh pen Mont Blanc bernilai Sg$740 (RM1,872), dua kemeja bernilai Sg$236.20 (RM597.40), iPod dan bayaran bil bernilai Sg$1,278.60 (RM3,234). Straits Times melaporkan seperti mana dipetik daripada dokumen mahkamah, barangan itu dikatakan sebagai insentif bagi menunjukkan kecenderungan penilaiannya terhadap prestasi Darinne. Tey ditahan April lalu oleh pegawai Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) selepas mendapat maklumat. Darinne yang dipercayai menjalani latihan amali di sebuah firma guaman di luar negara telah disoal siasat pegawai CPIB, tetapi tidak ditahan.


Dia dikatakan menemui Tey untuk memperoleh gred yang baik bagi kursus elektif diajar Tey sebelum ditawarkan dengan persetujuan untuk melakukan hubungan seks bersamanya.

“Kebebasan, integriti dan kehidupan saya berdepan risiko. Reputasi saya sudah tercemar dan menyebabkan keluarga saya menderita,” katanya.


Darinne adalah pelajar undang-undang di NUS dari 2008 hingga 2012. Sumber memberitahu media dia ditawarkan pekerjaan di New York. - AsiaOne

No comments:

Post a Comment