Search This Blog

Sunday, July 15, 2012

Polis tidak jumpa bukti jenayah

LOS ANGELES: Koroner mengesahkan, tiada bukti berlaku perbuatan khianat sehingga membawa kematian Sage Stallone, semalam.
Menurut Ed Winter, penyiasat menemui botol ubat terkawal di kediaman Sage.

Bagaimanapun, Winter enggan menyatakan jenis, bilangan atau kemungkinan ia membawa kepada kematian Sage. “Sage ditemui tidak bergerak oleh seorang pekerja dan saudaranya.
“Apabila polis tiba, mereka mengesahkan Sage mati dan tiada nota bunuh diri ditemui di kediaman itu,” katanya. Bedah siasat akan dijalankan beberapa hari lalu. - AP

No comments:

Post a Comment