Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Polis tangkap penulis blog Uncleseekers yang didakwa fitnah Sultan Johor

myMetro | Polis tangkap penulis blog Uncleseekers yang didakwa fitnah Sultan Johor:

JOHOR BAHARU: Polis Johor menangkap pengamal paranormal Syed Abdullah Syed Hussein, 46, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini berkata Syed Abdullah ditangkap pada 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Seremban. 
Menurut kenyataan itu, seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditangkap oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog, uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.- Bernama

No comments:

Post a Comment