Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Polis Austria kenal pasti ratusan pedofilia di 141 negara

myMetro | Polis Austria kenal pasti ratusan pedofilia di 141 negara: "VIENNA: Beratus-ratus pelaku pedofilia yang merayau di Internet dikenal pasti dalam operasi di 141 negara, kata polis Austria, semalam.

Dalam operasi dikenali sebagai “Carole” yang bermula hampir setahun lalu, 272 suspek dikesan di Austria.


Pihak berkuasa berkata, pelaku pedofilia terbabit menyiarkan banyak video di Internet. “Carole” adalah satu daripada operasi polis terbesar terhadap pelaku pedofilia di Austria dan kemungkinan antara terbesar pernah dijalankan di dunia. Polis Austria berkata, sebahagian besar rakaman video dan maklumat lain dirampas dan kini diperiksa polis di 141 negara. Pada Mac 2011, Europol (polis Eropah) mengenal pasti 670 suspek dan membuat 184 tangkapan di pelbagai negara dalam operasi dianggap terbesar pada waktu itu. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment