PONTIAN - Seorang juruterbang warga Singapura maut apabila pesawat ringan yang dipandunya terhempas di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Ali, Ayer Baloi di sini kira-kira jam 1.45 petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Ling Shi Min Samuel, 25.
Menurut Timbalan Ketua Polis Pontian, DSP Tan Moh Chuan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.10 petang berkenaan kejadian itu.
Mayat Shi Min telah dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.
Pesawat yang terhempas adalah pesawat ringan satu tempat duduk.