Search This Blog

Friday, July 13, 2012

Penjual nasi ayam mengaku tidak bersalah cuba bunuh polis

KUALA LUMPUR - Seorang penjual nasi ayam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh dengan melepaskan tembakan ke arah seorang anggota polis.

Kow Wai Foo, 32, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Konstabel Jasmi Yaakob di Jalan Radin Tengah, Sri Petaling dekat sini dua tahun lepas iaitu pada 26 September 2010, pada 1.55 petang.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kow yang disenarai sebagai orang dikehendaki polis, ditangkap semalam di Seremban selepas orang ramai membuat aduan. Ketika prosiding, Kow yang dilihat mengalami kecederaan pada muka dan mata memberitahu mahkamah bahawa pihak polis telah memukulnya tanpa memberi rawatan susulan dan tidak diberi makan.

Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Ak Tiyon Bimen berkata kecederaan yang dialami tertuduh adalah ekoran tindakannya yang mengamuk sebelum ditangkap pihak polis semalam.

Hakim Jagjit Singh yang mendengar kes itu menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin yang menetap di Kuala Lumpur dan mengarahkan tertuduh diberi rawatan terhadap kecederaan yang dihadapinya.

Mahkamah juga memerintahkan supaya Kow diberi makanan serta dibenar membuat panggilan telefon. Kes tersebut ditetap untuk sebutan pada 14 September. - Bernama

No comments:

Post a Comment