Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Peniaga rugi RM70,000 , kedai makan terbakar

DUNGUN - Seorang peniaga kedai makan kerugian kira-kira RM70,000 selepas kedainya di Kampung Sungai Buaya di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini.
   
Pemilik kedai terbabit, Che Othman Abdullah, 50, berkata beliau menjual juadah makanan tengah hari dan menutup kedainya kira-kira pukul 7 malam sebelum pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari kedai. 
   
Tiba-tiba pada kira-kia 3.30 pagi beliau menerima panggilan daripada jirannya memaklumkan kedainya terbakar dan beliau segera ke tempat kejadian.
   
"Saya gagal menyelamatkan sebarang harta benda selepas api begitu marak.
   
"Api berjaya dipadamkan bomba daripada terus membakar kedua-dua rumah bersebelahan biarpun keseluruhan kedai saya musnah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Pegawai Pehubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.34 pagi dan sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun dikejarkan ke tempat kejadian.
   
Katanya, kebakaran kedai itu menyebabkan api turut merebak ke dua buah rumah bersebelahan namun ketangkasan bomba berjaya menyelamatkan kedua-dua buah rumah itu daripada musnah terbakar.
   
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 4.50 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. - BernamaPeniaga rugi RM70,000 , kedai makan terbakar - Terengganu - Sinar Harian:

No comments:

Post a Comment